This is a story about a boy who loves eating carrots..
Pada suatu ketika, ada seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang dilimpahi kasih sayang. Seperti kanak-kanak lain dalam umur 6 tahun, mindanya dipenuhi dengan fikiran yang kebudak-budakan...dia sangat rapat dan mahukan perhatian Mak dan Ayah. Bukannya Mak & Ayah tak hiraukan dia, cuma dia kadang-kadang nak tahu kalau dia memang diperlukan atau memang dimahui oleh keluarganya. Dia sangat suka mengugut dengan mengeluarkan kata-kata yang mengejutkan, sepert "bunuh diri karang" bila ayahnya marah atau apabila maknya memberi teguran. "Mak dengan Ayah betul-betul sayang ke?" "Mak dengan Ayah suka ke kalau kita takde?" Itulah antara lontaran fikiran yang berlegar-legar di dalam fikiran anak kecil ini.
Kadang-kadang, dia tak faham kenapa Ayah selalu memarahinya. Dia masih kecil dan dunianya hanyalah dalam lingkungan dirinya sendiri. Tipikal kanak-kanak.
Tibalah suatu hari, ditakdirkan Ayah memarahi kanak-kanak lelaki ini dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika berada di dalam kereta, dia hanya melayan perasaannya yang sedih, kecewa..apa yang patut dilakukannya ketika tiba di rumah nanti untuk menunjukkan dirinya yang sedang merajuk kepada keluarganya.
Setelah keluar dari kereta, dia pon berkata "Nak larikan diri dari rumah."
Kata-katanya ditujukan kepada ayahnya yang baru keluar dari kereta, maknya sudah lama masuk ke dalam rumah.
Dia sedang menguji ayahnya dan menantikan jawapan yang akan menentukan tindakan kanak-kanak lelaki ini yang seterusnya.
"Larilah" ujar Ayah; tanpa melihat ke arahnya.
Begitu kecewa perasaannya. Itu bukanlah apa yang hendak didengarinya. Dia pun melihat ke hadapan; jalan raya terbentang untuk menantikan langkah pertamanya untuk melarikan diri dari rumah yang telah didiami bersama keluarga yang tercinta. Tetapi hanya kerana satu pertanyaan untuk menguji ayahnya, sanggup dia menggadaikan segala-galanya. Suasana malam yang sepi seolah-olah melengkapi perasaan sedih lagi gelisah yang bermain di dalam diri.
Dia pun memulakan langkah ke arah kegelapan malam yang hanya disinari dengan lampu neon di tepi jalan.
Kemudian, dia terdengar sesuatu yang dia nantikan.
"Wafi~" keluar perkataan tersebut dari mulut Ayah.
Perfect. That's exactly what he wanted to hear.
He turned back, walked into his house knowing that he's wanted, he's loved, he's needed.
It was just a test in his childish mind. In fact, he couldn't even recall if he had ever done any more threats after this incident.
Cause he already had the answer.
Some of the stories I've written in this blog are filled with ambiguity. I leave it to you to understand it through your own way.
Because to me, past events are the key elements that make up who we are today.
And I suddenly remembered this incident a few days ago...

-END-